WI-FI


Pengenalan Kepada Teknologi Wi-Fi
Wi-Fi (Wireless Fidelity) ialah teknologi yang meluaskan lagi rangkaian komputer melalui
penggunaan gelombang radio tanpa wayar pada tahap 2.4Ghz. Disebabkan pengunaan frekuensi
pada tahap ini tidak memerlukan sebarang lesen, maka teknologi Wi-Fi telah menjadi teknologi
pilihan yang popular dalam tempoh kurang dari dua tahun.
Perkakasan asas yang diperlukan dalam penggunaan teknologi ini adalah Access Point (AP). Alat ini
disambungkan kepada Rangkaian Komputer Setempat (LAN) atau disambungkan terus ke modem.
Alat ini boleh diperolehi pada harga sekitar RM300 di mana setiap AP dapat menampung sehingga
100 pengguna.
Perbezaan di antara AP yang dikeluarkan dengan berbagai jenama ialah dari segi kemudahan yang
terdapat pada alat tersebut. Antaranya adalah seperti berapa banyak port yang diberikan, adakah ia
boleh disambungkan terus ke modem dan juga fungsi perisian yang terdapat pada AP tersebut.
Disebabkan Wi-Fi beroperasi secara tanpa wayar, faktor keselamatan adalah amat kritikal di dalam
pemilihan sesebuah AP. Setiap AP perlu ada kemudahan keselamatan Wired Equivalent Privacy
(WEP) supaya pihak ‘Administrator’ boleh memastikan hanya pengguna yang sah sahaja dapat
menggunakan kemudahan ini.
Selain daripada WEP, setiap AP juga perlu ada kemudahan Dynamic Host Configuration Protocol
(DHCP) supaya setiap komputer yang membuat sambungan kepadanya akan diberikan nombor IP
yang berasingan secara automatik. Ini memudahkan proses pengurusan pengguna yang
menggunakan kemudahan Wi-Fi yang disediakan.
Setiap komputer pula perlu dilengkapi dengan alat penerima Wi-Fi sebelum ia boleh berinteraksi
dengan AP. Alat ini boleh diperolehi dalam bentuk PCMCIA atau USB. Bagi komputer yang
dilengkapi dengan mikrocip “Centrino”, komputer tersebut sebenarnya telah pun mempunyai fungsi
Wi-Fi tanpa perlu membeli perkakasan tambahan.
Jarak di antara komputer dengan AP bergantung kepada keadaan dan jenis halangan yang terdapat
di sekitarnya. Jarak ini boleh mencecah sehingga 300m pada kawasan yang tidak mempunyai
halangan. Pada yang mempunyai halangan seperti tembok batu, jarak ini boleh turun kepada 50m
maksima.
Wi-Fi tidak hanya boleh digunakan oleh komputer sahaja. Ia juga boleh digunakan oleh Personal
Digital Assistant (PDA) jika ia mempunyai peralatan yang sesuai.

Perihal Firman Abahe Alif Fadhlurrohman
Saya Hanya seorang yang ga bisa apa-apa, bodoh dan ingi selalu tau akan kemajuan...

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: